| INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
senarai pengumuman terkini

Tahniah kepada Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM kerana mendapat penarafan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bermula 1 Januari 2017. 

Pihak Pengurusan ITAFoS merakamkan ucapan tahniah kepada Penerima Anugerah di Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2017 yang telah diadakan pada 25 Mei 2017 di Dewan Besar PKKSSAAS UPM.

Penerima Anugerah adalah seperti berikut:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016:
1. Prof. Dr. Jinap Selamat (Kuota Profesor)
2. Dr. Suriya Kumari Ramiah (Pegawai Penyelidik)
3. Pn. Nurhafizah Matsah (Setiausaha)
4. Pn. Nooraishah Abd. Aziz (Penolong Pegawai Sains)

Penyelidik Bersekutu ITAFoS yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang:
1. Prof. Dr. Loh Teck Chwen (Kuota Ketua Jabatan (Fak. Pertanian))
2. Dr. Norida Mazlan (Fak. Pertanian)
3. Dr. Rashidah binti Sukor (Fak. Sains & Teknologi Makanan)

Anugerah Bakti Putra:
1. Prof. Dr. Mahmud bin Tengku Muda Mohamed (Fak Pertanian)

Ucapan tahniah sekali lagi kepada semua Penerima Anugerah

Tarikh:7-9 Oktober 2017
Tempat: Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Pecipta di SINI.
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa ITAFoS menerusi Laboratori Sekuriti Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI) akan menganjurkan Syarahan Awam bertajuk 'Integrated and Ultrasensitive Biosensor for Food and Environmental Applications' yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Mohammed Zourob dari Jabatan Kimia, Universiti Alfaisal, Riyadh, Arab Saudi. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:

     Tarikh : 7 Ogos 2017 (Isnin)
     Masa : 2.30 petang
     Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Pertanian, UPM
 
Semua adalah dijemput! ;)
 
http://www.itafos.upm.edu.my/upload/dokumen/20170801131224PUBLIC_LECTURE_FULL_31072017.pdf
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa ITAFoS menerusi Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti akan menganjurkan satu Syarahan Awam bertajuk ‘Adapting Skills to Address Production Needs in Dairy and Beef Production in the Sub-Tropics’ yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Chin Nyean Lee dari Jabatan Nutrisi Manusia, Makanan dan Sains Haiwan, Universiti Hawai'i-Manoa. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:
 
     Tarikh : 18 Ogos 2017 (Jumaat)
     Masa : 9.45 - 11.00 pagi
     Tempat : Dewan Pertanian, Kompleks Agribio, UPM
 
Semua adalah dijemput! ;)
 
http://www.itafos.upm.edu.my/upload/dokumen/20170809130727PUBLIC_LECTURE_%E2%80%93_ADAPTING_SKILLS_TO_ADDRESS_PRODUCTION_NEEDS_IN_DAIRY_AND_BEEF_PRODUCTION_IN_THE_SUB-TROPICS.pdf
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa ITAFoS menerusi Laboratori Sekuriti Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI) akan menganjurkan Syarahan Awam bertajuk 'Challenges In Food Sustainability' yang akan disampaikan oleh Asst. Prof. Dr. Weerawate Utto dari Universiti Ubon Ratchathani, Thailand dan Dr. Belal J. Muhialdin Mula Hasan dari Universiti Putra Malaysia, Serdang. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:

     Tarikh : 12hb September 2017 (Selasa)
     Masa : 9.00 pagi
     Tempat : Bilik Mesyuarat, ITAFoS, UPM
 
Semua adalah dijemput! ;)
 
https://goo.gl/DFzHCm

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil tindakan selanjutnya supaya pengisian dapat dilaksanakan selewatnya 31 Disember 2018. Sila lawati laman sesawang http://prestasi.upm.edu.my/

The 7th International conference on Sustainable Animal Agriculture for Developing Countries (SAADC2019)  akan diadakan dari 8 hingga 11 November 2019 di bandar yang indah di Pokhara, Nepal. Sila lawati https://saadc2019.org/ untuk maklumat lanjut.

Persidangan yang akan berlangsung selama empat hari dijangka dihadiri oleh lebih daripada 200 peserta dari banyak negara. Persidangan ini melibatkan tiga hari presentasi saintifik dan satu hari untuk lawatan lapangan. Universiti Putra Malaysia adalah penganjur bersama persidangan di atas.  Justeru  itu, pelajar pascasiswazah, penyelidik dan ahli akademik dari UPM digalakkan untuk menghadiri persidangan ini  untuk mempelajari dan menyumbang ilmu ke arah kelestarian haiwan ternakan dalam bidang pertanian.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) Fasa 1/2019 telah dibuka melalui sistem MYGRANTS.

Permohonan FRGS dan PRGS perlu dibuat  secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Pekerja Peringkat UPM Tahun 2019 akan diadakan pada 3 Mei 2019 serentak dengan Sambutan Majlis Gemilang Putra 2019. Objektif sambutan adalah untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada kecemerlangan UPM, serta mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja.

Untuk makluman YBhg. Prof. Datin Paduka/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan, anugerah yang akan dipertandingkan adalah Anugerah Tokoh Pekerja di mana anugerah ini terbuka kepada semua staf UPM dan pemilihan adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang melambangkan kecemerlangan dan sifat-sifat istimewa seseorang pekerja iaitu berpengetahuan, inovatif, kreatif, berdedikasi dan bermotivasi dalam menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Seramai tiga (3) orang tokoh akan dipilih mewakili P&P Akademik, P&P Bukan Akademik dan Pegawai Pelaksana (lelaki atau perempuan).

Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan untuk tindakan pihak YBhg. Prof. Datin Paduka/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan hendaklah dikembalikan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 8 Mac 2019 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia di Pejabat Pendaftar melalui talian 03 -9769 1505/1556/1567.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Sila klik di SINI.

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan ITAFoS secara dalam talian telah boleh digunakan. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

https://goo.gl/forms/2BqSyKp7uNTf93Io2

Hari Pengumpulan Pakaian Terpakai Anjuran Persatuan Keluarga Autisme UPM pada:

▪️ Tarikh : 12 & 13 September 2020 (Sabtu & Ahad)
▪️ Masa : 9.00pg hingga 4.00ptg
▪️ Lokasi : Dewan Besar, UPM, Serdang Selangor


Kami terima semua item seperti di bawah:

- Semua jenis barangan berasaskan fabrik, semua jenis pakaian, baju, seluar, cadar, selimut, comforter, pillowcase, kasut, langsir, tuala dan sebagainya

- Semua jenis barangan kulit  seperti tali pinggang, kasut, handbag, wallet dan lain-lain

- Kami terima pakaian/fabrik yang MASIH ELOK DAN TAK ELOK

- Harap maklum barangan perabot/kaca/elektrik/buku TIDAK DITERIMA

🔵 Mohon bantuan anda untuk masukkan setiap sumbangan pakaian terpakai ke dalam kotak/plastik dengan baik serta kemas.

☎️ Maklumat lanjut, sila WhatsApp sahaja kepada :

Pn. Rafidah : www.wasap.my/601733337826/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Dr. Saiful : www.wasap.my/601132521063/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Pn. Fairuz : www.wasap.my/60102522677/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Pn. Azana : www.wasap.my/60133200222/PakaianTerpakaiPEKAUPM

Hasil dana daripada pengumpulan pakaian terpakai ini akan disalurkan kepada Persatuan Keluarga Autisme UPM bagi menampung kos program-program yang akan dijalankan.  

Projek ini anjuran Persatuan Keluarga Autisme UPM dengan kerjasama Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM).

Ikuti kami  fb,

📟https://www.facebook.com/PEKAUPM/

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuaratnya yang ke 144 pada 23 Jun 2020 telah bersetuju meluluskan cadangan transformasi governan dengan menggabungkan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM) menjadi Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan di mana satu laboratori baharu diwujudkan sebagai Laboratori Kajian Dasar dan Makanan mulai 1 Julai 2020.

ITAFoS akan menjalani Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) oleh pihak SIRIM pada 15 Disember 2021. Audit akan dijalankan secara ‘remote audit’

Kepada Semua Warga Universiti Putra Malaysia,
Kampus Serdang dan Bintulu.

NOTIS BERKAITAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERIKUTAN BENCANA BANJIR

Pihak Universiti telah menerima maklumat daripada setiap fakulti/sekolah berkenaan bilangan pelajar yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda sebahagian negara sejak beberapa hari yang lalu. Mengambil cakna terhadap situasi segelintir pelajar UPM yang terkesan dengan bencana ini, YBhg. Naib Canselor dan Pengurusan UPM telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti berikut:

1. Aktviti PdP seperti kuliah, amali, praktikal dan sebagainya akan ditangguhkan sehingga 26 Disember 2021
2. Penilaian dan peperiksaan akan ditangguhkan sehingga 2 Januari 2021

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban dan melancarkan proses pemulihan pasca banjir terutamanya untuk pelajar dan keluarga yang terkesan dengan musibah ini.  

Dalam menempuh cabaran pasca banjir ini, para pelajar diingatkan untuk berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan Covid-19 sebagaimana yang disarankan oleh pihak berwajib memandangkan kita masih belum bebas daripada ancaman wabak tersebut.

Pelajar yang ingin pulang membantu keluarga atau menyertai program sukarela perlu mendaftarkan diri dengan Bilik Operasi Bantuan Banjir UPM.

Terima kasih dan sama-sama kita berdoa semoga musibah yang melanda ini akan kembali pulih dengan segera.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
”BERILMU BERBAKTI"


Saya yang menjalankan amanah,

Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Putra Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (5) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBhg. Profesor Dr. Mohd Rafii bin Yusop sebagai Pengarah, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia mulai 3 Januari 2022 hingga 5 Januari 2024 iaitu tarikh bersara wajib.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sekian, terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (5) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBhg. Profesor Dr. Awis Qurni bin Sazili sebagai Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 3 Januari 2022 hingga 2 Januari 2023.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus. 

Sekian, terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (5) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBhg. Profesor Dr. Shaufique Fahmi bin Ahmad Sidique sebagai Pengarah, Institut Kajian Perladangan, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 3 Januari 2022 hingga 2 Januari 2023.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sekian, terima kasih.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) akan membuka permohonan Pelekat Kenderaan Pegawai UPM dan Agensi Luar bagi tahun 2023-2024.

  1. Permohonan akan dibuka mulai 02 Mac 2023 (Khamis) untuk permohonan bagi pelekat kenderaan Pegawai dan Agensi Luar 2023-2024. Permohonan adalah secara individu dan tidak lagi secara berkelompok seperti sebelumnya.
  2. Permohonan Pelekat Kenderaan Pegawai boleh dibuat secara atas talian menggunakan UPM-ID pegawai secara individu melalui portal Putra ASIS http://asis.upm.edu.my yang boleh dicapai mulai 02 Mac 2023 (Khamis).
  3. Bagi permohonan Pelekat Kenderaan Agensi Luar, permohonan hendaklah dibuat secara fizikal di Kaunter Bahagian Keselamatan mulai tarikh di atas.
  4. Semua permohonan wajib disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang telah ditetapkan dalam Sistem Permohonan Pelekat Kenderaan.
  5. Sebagai langkah sementara semua pegawai UPM hanya layak memohon SATU (1) pelekat kenderaan kereta dan SATU (1) pelekat kenderaan motosikal sahaja. Pegawai agensi luar / pegawai sambilan hanya dibenarkan memohon SATU (1) pelekat kenderaan sahaja sama ada kereta atau motosikal.
  6. Had kelayakan permohonan pelekat kenderaan ini akan berubah tertakluk kepada kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan pelekat kenderaan, boleh menghubungi Kaunter Keselamatan di talian 03-97698005 / 8003. 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut : 

 

JAWATAN DAN GRED  

PENEMPATAN

JUMLAH KEKOSONGAN

Pegawai Eksekutif 5 / (PE.5)

Laboratori Kajian Dasar Pertanian & Makanan, ITAFoS, UPM

Satu (1) 


Klasifikasi Perkhidmatan        : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan        : Pelaksana (Setara dengan Gred 19)
Tempoh Lantikan                  : Enam (6) bulan hingga satu (1) tahun dan boleh dilantik semula                    
Taraf Jawatan                       : Kontrak 
Gaji                                     : RM1,800.00   

 

SYARAT-SYARAT AM

 

(a)  Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia; dan 

(b)  Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)   Mempunyai kelayakan minimum SPM/SPMV/MCE atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d)  Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(e)  Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan jenayah.

 

SYARAT-SYARAT KHAS

(a)  Mempunyai pengetahuan dalam ICT, penggunaan Micosoft Office dan pengetahuan mengemaskini dan memuat naik kandungan dalam media sosial;

(b)  Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran, kesetiausahaan dan perkeranian;

(c)   Mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengurus majlis, pengurusan mesyuarat dan   

(d)  Mempunyai perwatakan dan personaliti yang baik.

 

CARA MEMOHON   

(a)  Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut di dalam format Portable Document Format (PDF): 

 

  1. Mengisi Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana   

     (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02);

    2. Salinan Kad Pengenalan (berpalang), Sijil Akademik dan Sijil-sijil berkaitan; dan

    3. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini.

 

(b)      Permohonan  yang  lengkap  hendaklah  dihantar  kepada:

            Puan Rina Mazni Musa
            Penolong Pendaftar Kanan
            Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan
            Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
            Universiti Putra Malaysia

(c)       Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mei 2023 (Isnin)

(d)      Calon-calon yang layak dan telah disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. 

(e)      Calon-calon yang tidak menerima sebarang panggilan temuduga dalam tempoh masa 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup permohonan ini, dianggap tidak berjaya.

(f)        Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada : 

 

Puan Hasnah binti Abu Bakar

Setiausaha Pejabat
Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia 
43400 UPM Serdang 
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon  : 03-97691043
INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXDcTAe~