Program Penyelidikan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» LABORATORI » Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

PROGRAM 1 : PENINGKATAN DAN PENGELUARAN BERAS YANG BERTERUSAN UNTUK KESELAMATAN MAKANAN

Pengeluaran varieti padi bermutu dan berhasil tinggi merupakan langkah penting dalam kemajuan sektor pertanian di Malaysia. Beberapa program penyelidikan sedang dijalankan melalui pendekatan konvensional dan molekular bagi meningkatkan hasil dan kualiti padi secara berterusan dalam menghadapi perubahan iklim sejagat.  Melalui projek ini juga, beberapa kemudahan dan servis telah disediakan untuk orang awam dan agensi berkaitan dengan padi bagi menjalankan penyelidikan serta perkhidmatan seperti perundingan dan bengkel latihan. 

Penyelaras:

Prof. Dr. Mohd Razi Ismail

Ahli:

Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop
En. Zulkarami Berahim
En. Mohamad Husni Omar



PROGRAM 2 : PENGELUARAN SAYUR-SAYURAN BERNILAI TINGGI DI BAWAH PERSEKITARAN TERKAWAL DI KAWASAN TROPIKA

Keprihatinan terhadap alam sekitar dan kesihatan telah membawa kepada peningkatan pengeluaran tanaman menggunakan kaedah fertigasi tanpa tanah di bawah persekitaran yang terkawal. Ini akan dicapai dengan mengambilkira prestasi tanaman sayuran melalui fisiologi tumbuhan. Ini berpotensi dilakukan dengan memanipulasikan persekitaran kimia, fizikal dan biologi di sekitar akar tanaman. Tindakbalas di antara akar dan daun juga memainkan peranan penting dalam metabolisma tumbuhan melalui pelbagai kecederaan seperti tekanan terhadap akar, serangan penyakit dan perosak dan lain-lain kecederaan tumbuhan yang boleh mengganggu translokasi air dan nutrient di dalam tumbuhan. Beberapa program penyelidikan sedang giat dijalankan melalui pembiakbakaan, fisiologi, dan sistem-sistem pengeluaran tanaman bagi meningkatkan hasil dan kualiti sayuran seperti kekacang, tomato, cili, dan bendi. Laboratori juga menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada orang awam dan agensi-agensi yang berkaitan bagi menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan seperti perundingan dan bengkel latihan.

Penyelaras:


Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop

Ahli:

Prof. Dr. Mohd Razi Ismail
En. Zulkarami Berahim
En. Mohamad Husni Omar

 

 

Kemaskini:: 18/03/2019 [fatma]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXETLAd~