OSH Explore Challenge - Tahniah ITA | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » OSH Explore Challenge - Tahniah ITA

OSH Explore Challenge - Tahniah ITA

Serdang, 11 Jun – Institut Pertanian Tropika (ITA) telah berjaya memenangi tempat ke-5 dan ke-6 dalam pertandingan OSH Explore Challenge yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena dengan Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2014. Aktiviti ini yang disertai sebanyak 30 buah kumpulan dari PTJ dalam UPM bertujuan untuk menguji dan memantapkan pengetahuan staf serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat PTJ dalam isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di samping melakukan aktiviti lasak yang bersesuaian. Antara aktiviti dalam pertandingan ini termasuklah mencari dan menyelamat mangsa kebakaran di dalam sebuah bangunan, merempuh halangan dalam keadaan mata tertutup, menyelamat mangsa dalam kolam dan lain-lain lagi aktiviti menarik yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Tahniah kepada kedua-dua kumpulan ITA.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAf~