Fenol Antara Bahaya Dan Kegunaan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Fenol Antara Bahaya dan Kegunaan

Fenol Antara Bahaya dan Kegunaan

Pencemaran akuatik merupakan masalah utama yang dibangkitkan dalam isu alam sekitar. Pencemaran akuatik sering kali berlaku di kawasan industri petroleum, pengeluaran bahan organik dan sintetik, pemprosesan tekstil serta pengilangan kertas dan pulpa yang banyak membebaskan sisa air buangan seperti sebatian fenol dan terbitannya. Kehadiran fenol bukan sahaja karsinogenik malah memberikan bau dan rasa yang kurang baik. Organisasi Kesihatan Dunia menetapkan piawaian kualiti air yang dibenarkan mengandungi fenol ialah 0.002 g/mL[1].

Tetapi tahukah anda bahawa fenol juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan kita. Tahukah anda apa itu fenol? Fenol atau benzena adalah sebatian yang tidak berwarna, mudah meleleh, melarut dalam air, dan memiliki bau yang khusus. Rumus kimia fenol C6H5OH dan memiliki kumpulan hidroksil (-OH) pada strukturnya yang berkaitan dengan cincin fenil. Fenol (fenil alcohol) mempunyai kelarutan terbatas di dalam air iaitu 8.3 gram/100 ml. Sifat fenol adalah berasid, maksudnya ia dapat melepaskan ion H+ dari gugus hidroksilnya. Hal ini dibuktikan dengan mereaksikan fenol dengan NaOH yang mana fenol melepaskan H+ maka dari itu ia mempunyai sifat asid.

 

Dalam kehidupan sehari-hari, fenol mempunyai kegunaan tersendiri antaranya sebagai disinfektan pengawet kayu. Dalam kadar 0.01%-1% fenol bersifat bakteriostatik iaitu dapat membunuh mikroorganisma patogen pada benda mati. Bakteria akan mati kerana mengalami kerosakan pada potein yang disebabkan oleh fenol. Selain itu fenol digunakan dalam industri cat dan petrokimia, pembuatan ubat-ubatan seperti aspirin, pembuatan kosmetik, pembuatan plastik, pengeluaran baja pertanian dan sebagainya yang mempunyai sifat mengkoagulasi protein.

Pada zaman Nazi di Perang Dunia ke II, fenol sering digunakan dalam penyuntikan bagi hukuman mati. Pada waktu itu, penyuntikan fenol dilakukan terhadap ribuan orang di kem-kem tahanan, yang paling utamanya di Auschwitz-Birkenau. Penyuntikan tersebut dilakukan oleh doktor pada vena (intravena) iaitu di bahagian lengan dan jantung. Jika fenol disuntik terus pada jantung, boleh mengakibatkan kematian secara langsung. Fenol juga memiliki kegunaan dalam sintesis hidrokarbon aromatik yang terdapat pada arang batu, tetapi sekiranya kulit terkena fenol, ia boleh menyebabkan kulit melepuh dan rosak. Ketika fenol terkonsentrasi, ia boleh menyebabkan kesan terbakar pada kulit yang terdedah.

Meskipun fenol dilihat sangat berbahaya jika terkena kulit, tetapi fenol mempunyai kegunaan sebagai antiseptik iaitu bahan kimia yang dapat mencegah atau membunuh mikroorganisma patogen seperti yang pertama kali digunakan oleh Sir Josep Lister ketika menjalankan pembedahan. Beliau memperkenalkan sistem aseptic melalui penerbitannya di British Medical Journal yang berjudul “Antiseptic Principle in The Practice of Surgery”. Dalam penggunaannya, fenol adalah komponen utama sebagai antiseptik iaitu TCP (trichlorophenol) atau triklorofenol bagi pensterilan peralatan pembedahan dan pencucian luka. Melaksanakan kemajuan Louis Pasteur dalam mikrobiologi, Lister melancarkan penggunaan fenol sebagai antiseptik, sehingga menjadi antiseptik pertama yang digunakan secara meluas dalam pembedahan. Dia mula mengenalpasti bahawa fenol merupakan pembasmi kuman yang efektif apabila ia digunakan untuk meredakan bau busuk dari ladang yang diairi dengan sisa kumbahan. Dia menganggap ianya selamat kerana ladang yang dirawat dengan fenol tidak menunjukkan kesan buruk terhadap ternakan di ladang tersebut.

Tetapi hari ini, kita perlu menyedari sebenarnya fenol adalah berbahaya pada konsentrasi tertentu. Bahan ini berbahaya dan beracun, berada di peringkat bahaya kelas 2. Phenol memasuki badan melalui membran dan kulit mukus, kemudiannya diangkut ke organ-organ dalaman. Jika terdapat 1 gram fenol dalam tubuh manusia, akan membawa maut. Untuk badan kanak-kanak, kurang daripada satu gram, sudah cukup untuk membawa maut. Fenol cecair atau dalam bentuk wap (gas) boleh mencetuskan berlakunya tindakbalas pembakaran atau alahan dan juga menyebabkan nekrosis tisu (akibat perubahan molekul protein). Di samping itu, boleh merosakkan peredaran darah dalam tubuh, memusnahkan sel darah merah, dan mencetuskan berlakunya dermatitis.

Antara potensi yang memugkinkan kita terdedah kepada fenol adalah melalui pernafasan udara yang terkontaminasi atau melalui sentuhan kulit. Pendedahan lain kepada fenol mungkin berlaku melalui penggunaan produk ubat yang mengandungi phenol (termasuk cecair pembersih/penyegar mulut, titisan sakit gigi, lozenges tekak, penggosok analgesik dan losyen antiseptik) atau daripada menghisap rokok.

Tarikh Input: 18/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | fatma

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcHAY~