KOMPONEN BIOAKTIF TANAMAN SEBAGAI ALTERNATIF ANTIBIOTIK UNTUK HAIWAN TERNAKAN | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » KOMPONEN BIOAKTIF TANAMAN SEBAGAI ALTERNATIF ANTIBIOTIK UNTUK HAIWAN TERNAKAN

KOMPONEN BIOAKTIF TANAMAN SEBAGAI ALTERNATIF ANTIBIOTIK UNTUK HAIWAN TERNAKAN

Kesatuan Eropah (EU) telah melarang penggunaan antibiotik sebagai agen perangsang pertumbuhan haiwan ternakan. Larangan itu dilakukan untuk mengatasi kekebalan bakteria dan mikroba lain terhadap antibiotik. Penggunaan antibiotik yang berleluasa, terutama di negara-negara tropika menimbulkan masalah besar. Hal ini disebabkan kerana keadaan iklim di negara tropika mendorong daya tahan mikroba daripada di negara beriklim dingin. Fokus ke arah alternatif antibiotik diperlukan kerana peningkatan kekebalan bakteria terhadap antibiotik termasuk Salmonella spp., Campylobacter spp., Escherichia coli, dan Enterococcus spp dalam pengeluaran haiwan makanan. Sebatian fitokimia yang ditakrifkan sebagai sebatian bioaktif semula jadi yang berasal dari tumbuhan (Yang dan lain-lain 2015). Metabolit sekunder tumbuhan seperti alkaloid, terpenoid atau fenolik nampaknya mempunyai potensi untuk sasaran tertentu pada haiwan atau manusia. Dalam hal ini, metabolit sekunder sering bertindak sebagai reseptor neuro atau enzim yang menurunkan neurotransmitter, saluran ion, pam ion, atau unsur sitoskeleton (kebanyakan tubulin atau mikrotubulus). Ini menunjukkan bahawa hampir tidak ada sasaran seluler yang tidak dapat dimodifikasi oleh metabolit sekunder tumbuhan.

               Sehingga kini, banyak kajian yang dilaporkan menggunakan ekstrak herba daripada sebatian metabolit sekunder dari tumbuh-tumbuhan. Kajian terkini juga terlalu bergantung pada data in vitro dengan penggunaan model haiwan yang terhad. Oleh itu, kesan metabolit sekunder tanaman pada haiwan ternakan masih terbatas. Kajian mendalam harus dilakukan untuk menyaring dan menilai potensi sebatian metabolit sekunder pada tanaman tropika. Penggunaan antibiotik di ladang boleh mengancam kesihatan manusia yang diperoleh daripada haiwan ternakan yang diberikan antibiotik. Perundangan larangan penggunaan antibiotik mendorong minat untuk mencari metabolit sekunder tanaman sebagai agen perangsang pertumbuhan haiwan ternakan.

 

Tarikh Input: 21/07/2020 | Kemaskini: 21/07/2020 | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcNAo~