Persepsi Pengeluar Nenas Kepada Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Persepsi Pengeluar Nenas kepada Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)

Persepsi Pengeluar Nenas kepada Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)

Oleh: Puan Emmy Farha Alias

MyGAP merupakan satu skim pensijilan amalan pertanian baik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Bagi mendapatkan sijil MyGAP, setiap aktiviti pengeluar di ladang dan pelbagai aspek dokumentasi bagi setiap elemen dalam myGAP akan dinilai dan diaudit oleh pihak yang terlibat. Lembaga Perindustian Nenas Malaysia telah menyediakan bantuan dan insentif kepada pengeluar nenas yang ingin memohon pensijilan MyGAP. Menurut seorang pengeluar nenas di Mukim Ayer Hitam, Muar yang telah memperolehi sijil MyGAP pada tahun 2018, beliau berpendapat antara kelebihan MyGAP adalah pengeluar perlu menyimpan rekod ladang dengan teratur dan sistematik. Ini sekaligus dapat membantu pengeluar mendapatkan anggaran kos pengeluaran pada musim akan datang dan memastikan pengurusan ladang berjalan dengan lancar. Selain itu juga, penyimpanan dan pelupusan baja dan racun secara teratur sekaligus dapat membantu meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Namun begitu, beliau berpendapat pengeluar yang memiliki sijil MyGAP tidak mempunyai sebarang kelebihan dari segi harga dan pendapatan bagi pasaran tempatan.

Tarikh Input: 11/01/2021 | Kemaskini: 14/06/2022 | noorbaiti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcWAV~