Rumput Pait Vs Mucuna Bracteata Mana Satu Lebih Baik Sebagai Tumbuhan Penutup Bumi? | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Rumput Pait Vs Mucuna bracteata Mana Satu Lebih Baik Sebagai Tumbuhan Penutup Bumi?

Rumput Pait Vs Mucuna bracteata Mana Satu Lebih Baik Sebagai Tumbuhan Penutup Bumi?

Rumput pait (carpet weed), nama saintifik Axonopus compressus, wujud sebagai rumput kurang bersaing dengan tanaman kekal untuk mendapat nutrient dan air. Lantaran itu ia dianggap sebagai rumput bermanfaat untuk digunakan sebagai tumbuhan penutup bumi. Rumput ini berpotensi digunakan di ladang atau kebun untuk mengawal rumpai lain. Namun begitu, kesan rumput pait juga perlu ditinjau dari segi keberkesanan berbanding tumbuhan kekacang penutup bumi.

Satu kajian perbandingan telah dijalankan di UPM ke atas tanaman sawit berumur 4 tahun untuk selama 9 bulan. Hasil kajian menunjukkan rumput pait mengambil masa selama 3 bulan sahaja untuk mencapai penutupan 100%. Bagi pengeluaran biojisim, rumput pait menghasilkan pengeluaran biojisim yang lebih tinggi antara bulan penanaman ke-4, ke-6 dan ke-9 berbanding Mucuna bracteata antara bulan yang sama. Jelas kelihatan rumput pait juga berprestasi lebih tinggi dalam aspek ini.

Dari segi kawalan rumpai liar, rumput pait berjaya mengurangkan kadar kerimbunan dan biojisim sebanyak 100 kali ganda pada bulan ke-4 dan ke-6 berbanding Mucuna bracteata yang hanya mengurangkan kerimbunan rumpai sebanyak 20 kali ganda dan biojisim sebanyak 10 kali ganda antara bulan ke-4 sehingga bulan ke-9. Jika rumput liar A. Intrusa tumbuh dalam kawasan rumput pait, ia boleh dihapuskan dengan semburan titik ke atas rumpai liar tersebut. Justeru itu, rumput pait dan Mucuna bracteata memang boleh dijadikan tumbuhan penutup bumi yang baik, tetapi akar rumput pait tidak memiliki kulat rhizobium untuk menghasulkan rizom. Kulat rhizobium mampu menetap nitrogen dari udara untuk dijadikan baja hijau pokok sawit. Justeru itu, Mucuna bracteata menjadi pilihan utama sebagai penutup bumi di ladang jika dibandingkan dengan rumput pait.

 

Mucuna bracteata                    Axonopus compressus

 

 

*Keseluruhan artikel boleh dibaca di Info Pertanian Isu 55*

Tarikh Input: 07/09/2020 | Kemaskini: 07/09/2020 | fatma

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcPAX~