Tragedi Awam Dalam Pertanian | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Tragedi Awam Dalam Pertanian

Tragedi Awam Dalam Pertanian

Tanah, air dan udara merupakan tiga komponen yang penting di dalam alam sekitar. Ketiga-tiga komponen ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan jangka pendek. Tragedi ini memburukkan lagi beberapa masalah lain seperti pencemaran air dan laut, pencemaran udara, penebangan hutan, penurunan biodiversiti dan lain-lain lagi.

 

Secara logiknya, kita patut melabur di dalam sumber bersama (misalnya tanah, air dan udara) untuk memulihkan dan memperbaiki sumber. Pemulihan dan pembaikan sumber bersama akan meningkatkan perkhidmatan ekosistem untuk generasi sekarang dan akan datang. Namun, setiap masalah hanya dapat diselesaikan dengan harga yang tersendiri.

 

Salah satu cara untuk mengawal kerosakan alam sekitar ini adalah dengan membayar setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh alam sekitar. Pembayaran untuk Perkhidmatan Ekosistem adalah nama yang diberikan kepada berbagai pengaturan di mana penerima perkhidmatan alam sekitar memberi ganjaran berbentuk subsidi atau pembayaran pasaran kepada pemilik tanah yang memberikan perkhidmatan. Ini merupakan salah satu cara untuk menghargai alam sekitar dan memastikan bahawa faedah bersama ini berterusan sehingga ke masa depan.

Tarikh Input: 15/02/2021 | Kemaskini: 15/02/2021 | illisriyani

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcNAy~