Webinar: Ramadhan: Jom Puasa! Keselamatan Makanan Jangan Lupa. | INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
» NEWS » Webinar: Ramadhan: Jom Puasa! Keselamatan Makanan Jangan Lupa.

Webinar: Ramadhan: Jom Puasa! Keselamatan Makanan Jangan Lupa.

Pada tarikh 14 April 2021 jam 10 pagi, satu seminar atas talian telah dianjurkan secara bersama oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tajuk seminar adalah RAMADHAN: JOM PUASA! KESELAMATAN MAKANAN JANGAN LUPA. Seminar ini telah menampilkan 3 penceramah dengan topik yang relevan dengan suasana bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Penceramah pertama adalah Dr. Noor Azira Abdul Mutalib dari FOSFI yang telah menyampaikan ceramah yang merangkumi aspek pemilihan dan penyediaan bahan mentah. Prof. Dr. Jinap Selamat pula menyampaikan ceramah yang kedua yang meliputi aspek tips masakan dan penyimpanan. Manakala penceramah yang ketiga pula, Puan Norhidayah Md Sharay, dari KKM menyampaikan ceramah berkaitan pembelian makanan di Bazar Ramadhan dan secara online. Moderator pada seminar ini pula adalah Dr. Noordiana Nordin dari FOSFI. Seramai 464 orang peserta telah turut sama menyertai hingga akhir seminar ini yang tamat pada 11.30 pagi.

Date of Input: 22/03/2022 | Updated: 22/03/2022 | mhafiz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcIAU~