2nd International Plant Breeding Seminar 2014 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » 2nd International Plant Breeding Seminar 2014

2nd International Plant Breeding Seminar 2014


Serdang, 14 Oktober – Persatuan Genetik Malaysia (PGM) bersama-sama Institut Pertanian Tropika (ITA), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) dengan jayanya telah menganjurkan program ‘2nd International Plant Breeding Seminar 2014’ pada 14 dan 15 Oktober 2014 dengan tema “Advanced Breeding Strategies in Crop Improvement” di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Seminar Antarabangsa ini merupakan kesinambungan daripada ‘First Plant Breeding Seminar’ yang telah diadakan pada 3-5 Julai 2012 di Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI), Serdang.

 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada Dr. Abd. Rahman Milan selaku Pengerusi Jawatankuasa program tersebut dan diikuti oleh ucapan daripada Presiden PGM, Prof. Dr. Mohamad Osman. Upacara Perasmian Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menyatakan program biakbaka tumbuhan merupakan bidang penyelidikan yang penting bagi meningkatkan hasil dan kualiti tumbuhan selain memberi impak kepada pembangunan dan ekonomi negara. Beliau turut memuji sumbangan para penyelidik dalam pembangunan varieti atau klon tumbuhan yang baik terutamanya getah, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Selesai ucapannya, beliau telah melancarkan sebuah buku yang telah diterbitkan oleh PGM dan turut menyampaikan anugerah kepada Penyelidik Biakbaka yang telah memberi sumbangan terbaik dalam bidang biakbakaan tumbuhan.

 

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila; Pengarah ITA, Prof. Dr. Zulkifli Idrus, dan Pengarah ABI, Dr. Mohd Nizar Basiran. Seminar kali ini telah berjaya mengumpul seramai 159 orang peserta universiti dan institusi penyelidikan dari dalam dan luar negara termasuk lapan orang penceramah jemputan yang berpengalaman dan terkemuka dalam bidang biakbaka tumbuhan. Antara penceramah jemputan yang dijemput ialah Prof. Dr. Totok Agung Dwi Haryanto dari Jenderal Soedirman University, Indonesia, Dr. Peerasak Srinives dari Kasetsart University, Thailand; Dr. Bui Chi Buu dari Institute of Agricultural Science for Southern Vietnam, Vietnam; dan Dr. Sanjeet Kumar dari Taiwan.

 

Sebanyak tujuh (7) sesi sepanjang seminar berlangsung di mana para penceramah telah memberi persembahan berkenaan penyelidikan terkini mengikut tema yang diberi.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeFA4~