Bengkel Penulisan Manuskrip Jurnal Anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari Dan Biodiversiti, ITAFoS | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Penulisan Manuskrip Jurnal Anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, ITAFoS

Bengkel Penulisan Manuskrip Jurnal Anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, ITAFoS

4 Mac 2024 telah diadakan Bengkel Penulisan Manuskrip Jurnal. Bengkel ini merupakan anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan merupakan program tahunan laboratory. Bengkel ini telah dilaksanakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini dihadiri oleh Pegawai Penyelidik dan pelajar siswazah iaitu seramai 15 orang. Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Dr. Goh Yong Meng, yang sebelum ini merupakan Penyelidik Bersekutu di ITAFoS. Beliau telah berkongsi kaedah dan pengalaman beliau dalam penghasilan penerbitan yang berimpak tinggi.

   

Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk membimbing pelajar siswazah semasa dan baharu dalam penulisan dan penghasilan manuskrip jurnal. Ini juga bagi membantu pelajar memenuhi syarat tamat pengajian mereka bagi keperluan penerbitan mengikut program pengajian masing-masing.

Tarikh Input: 12/03/2024 | Kemaskini: 12/03/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
WXEeEAG~