Bengkel Pemindahan Ilmu Bagi Peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) Di FELDA Bukit Goh, Pahang | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Pemindahan Ilmu Bagi Peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) di FELDA Bukit Goh, Pahang

Bengkel Pemindahan Ilmu Bagi Peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) di FELDA Bukit Goh, Pahang

Bukit Goh, 17 Februari 2024- Empat pegawai Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah melaksanakan program pemindahan ilmu kepada peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) FELDA di Felda Bukit Goh, Kuantan. 29 orang peserta yang terdiri daripada peneroka FELDA Bukit Goh, Pahang yang merupakan peserta PPP FELDA yang mengusahakan ternakan lebah kelulut dan arnab pedaging telah menyertai bengkel ini.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi memperkasakan komuniti peneroka FELDA yang menyertai PPP di Rancangan FELDA Bukit Goh, Pahang melalui pemindahan ilmu berhubung pengurusan kewangan ladang, potensi serta perkongsian maklumat tentang peluang insentif pembangunan pertanian. Selain pendedahan mengenai pengurusan kewangan ladang, pegawai daripada Pejabat Pertanian Daerah Kuantan iaitu Puan Norain bin Azhar, Puan Anis Zuraida bin Ishak, dan Encik Muhammad Zulkifli bin Ghazali turut dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai skim pensijilan myGAP dan myOrganic kepada para peserta.

Modul-modul yang dijalankan sepanjang program bermatlamat untuk memberikan pendedahan serta  menyalurkan maklumat dan bimbingan lanjutan berhubung aspek-aspek pengurusan kewangan ladang, pendedahan mengenai amalan pertanian yang baik, cara menambah nilai kepada hasil penternakan, serta menyampaikan maklumat tentang insentif pembangunan pertanian yang boleh diperolehi oleh peserta sekiranya mereka ingin menambah skala atau mempelbagaikan komoditi pertanian yang ingin diusahakan.

Pihak ITAFoS berharap agar perkongsian ini dapat memberikan ilmu pengetahuan tambahan kepada para peserta di dalam pengurusan ladang dan mengembangkan lagi aktiviti pertanian yang dijalankan.

Tarikh Input: 08/03/2024 | Kemaskini: 08/03/2024 | noorbaiti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAO~