Aktiviti Komuniti: 'Science Is Fun' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Aktiviti Komuniti: 'Science is Fun'

Aktiviti Komuniti: 'Science is Fun'

DENGKIL, 10 Julai 2019 & 1 Ogos 2019 - Seramai 18 orang staf ITAFoS telah menjayakan pelaksanaan aktiviti komuniti Science is Fun untuk 46 pelajar orang asli Tahun 4 dan Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), Dengkil, Selangor. Program ini merupakan anjuran bersama Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan dan Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti. Pihak Maybank telah bermurah hati menaja sebanyak 50 buah beg sekolah kepada pelajar yang terlibat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan subjek sains serta menarik minat pelajar terhadap subjek sains dengan melakukan sendiri eksperimen mudah secara hands-on. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Good and Bad Bacteria (pengenalan asas tentang bakteria), Eggucation: Chick Hatching in School (pengenalan asas tentang kitar hidup ayam) dan Junior Scientists (pengenalan asas tentang sifat bahan dan tenaga). Sebanyak dua siri aktiviti telah dilakukan iaitu siri pertama adalah pemindahan pengetahuan kepada pelajar dan siri kedua adalah penilaian untuk menguji kefahaman pelajar tentang subjek sains yang telah diajar. Kesemua pelajar yang terlibat telah memperoleh manfaat, maklumat serta pengalaman berguna sepanjang aktiviti ini dijalankan.

 

Tarikh Input: 06/09/2019 | Kemaskini: 10/09/2019 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeGAu~