Bengkel Asas Bakteriologi | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Asas Bakteriologi

Bengkel Asas Bakteriologi

15 Ogos 2018, Serdang – Satu Bengkel Asas Bakteriologi telah dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI) bertempat di Makmal Pusat, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM. Bengkel ini telah berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos dan dihadiri oleh 8 orang peserta. Bengkel ini telah dikendalikan oleh 2 orang tenaga pengajar iaitu Dr. Noor Azira Abd Mutalib (penyelidik bersekutu ITAFoS) dengan kerjasama wakil industri, Cik Nurizren Nazri (Era Bumi Sains Sdn. Bhd.).

 

Kursus dua hari ini diadakan dengan tujuan untuk meneroka prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan analisa patogen (bakteria) makanan kerana ianya sering digunakan dengan meluas dalam penentu ukur kualiti dan keselamatan sesuatu produk makanan. Teknik analisa patogen (bakteria) yang betul mesti digunakan dalam memastikan kebolehpercayaan data yang diperolehi. Topik yang telah dibincangkan di dalam bengkel ini adalah (i) kepentingan patogen (bakteria), (ii) persampelan dan penyediaan sampel serta (iii) analisa patogen (bakteria) menggunakan kaedah asas seperti selective agar, ujian biokimia dan pemerhatian mikroskopik.

 

Bengkel ini telah memberi peluang kepada pegawai/penyelidik dan pelajar daripada sektor awam dan swasta untuk mempelajari dan memahami prinsip asas dan teknik dalam analisa patogen (bakteria) supaya dapat memantapkan lagi kaedah penyelidikan dan analisa yang digunakan di dalam bidang keselamatan dan integriti makanan. Aktiviti praktikal telah membantu para peserta memahami dengan lebih baik mengenai teknik asas yang digunakan untuk menganalisis kehadiran patogen (bakteria) dalam makanan.

Tarikh Input: 25/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | amanina

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAu~