Bengkel LC-MS/MS Method For Multi-Mycotoxin Analysis In Food And Feed | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel "LC-MS/MS Method for Multi-Mycotoxin Analysis in Food and Feed"

Bengkel "LC-MS/MS Method for Multi-Mycotoxin Analysis in Food and Feed"

1 Ogos 2018, Serdang – Satu bengkel LCMS-MS telah dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM selama tiga hari (1 hingga 3 Ogos). Bengkel ini dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar siswazah. Dr. Franz Berthiller dari University of Natural Resource and Life Sciences, Vienna, Austria, telah dijemput khas sebagai tenaga pengajar bagi bengkel ini.

Skop bengkel ini tertumpu kepada kepentingan menganalisa mikotoksin di dalam kandungan makanan dan makanan ternakan menggunakan kaedah yang dipanggil Kromatografi Cecair Spektrometri Jisim ataupun Liquid Chromotography Mass Spectometry (LC-MS/MS). Kaedah LCMS ini amat berkesan dan bagus dalam kebolehannya menganalisa mikotoksin kerana ianya lebih spesifik dan sensitif. Ia juga mampu mengenalpasti pelbagai mikotoksin secara serentak berbanding kaedah konvensional yang hanya mampu mengesan individu toksin secara tunggal dan melibatkan penggunaan kos yang tinggi dari segi peralatan, masa, tenaga kerja dan juga.

Para peserta didedahkan tentang teori dan teknik analisa menggunakan keadah LCMS ini di dalam sesi syarahan serta memahaminya dengan lebih mendalam di sesi praktikal (hands on). Berdasarkan maklum balas peserta di akhir bengkel, didapati matlamat dan objektif bengkel ini tercapai. Para peserta dapat memahami tentang asas penggunaan kaedah LCMS, cara penyediaan sampel untuk analisis, interpretasi maklumat yang diperolehi dan cara-cara untuk menangani sebarang masalah yang timbul semasa menjalankan analisis menggunakan LCMS.

Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 27/09/2018 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeBA0~