Bengkel Map Manager QTX & Perisian QGene | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Map Manager QTX & Perisian QGene

Bengkel Map Manager QTX & Perisian QGene


27 Mei - Laboratori Tanaman Makanan, Institut Pertanian Tropika (ITA) telah menganjurkan Bengkel Map Manager QTX dan Perisian QGene bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel yang berlangsung selama dua hari telah dikelolakan oleh Dr. Sadegh Ashkani, Pasca Doktor yang mempunyai kepakaran dalam Bioteknologi Tumbuhan, Genetik dan Pembiakbakaan Tumbuhan.

Objektif bengkel ini ialah mendedahkan dan memberi latihan kepada peserta berkaitan dengan perisian Map Manager QTX dan QGene. Map Manager QTX merupakan satu perisian untuk menganalisis penyelidikan pemetaan genetik dalam penyelidikan tumbuhan dan haiwan. Manakala perisian QGene merupakan perisian percuma, sumber terbuka program Java yang menjalankan set data analisis pemetaan QTL secara pengkomputeran yang cekap.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli pembiakbaka, bioteknologist, dan pelajar, dan telah berjalan dengan jayanya. Turut hadir sama ialah Ketua Laboratori Tanaman Makanan, Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop yang turut merasmikan bengkel tersebut.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAt~