Bengkel “Microbiological Risk Assessment” | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel “Microbiological Risk Assessment”

Bengkel “Microbiological Risk Assessment”

SERDANG, 18 Disember – Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM telah menganjurkan bengkel “Microbiological Risk Assessment” pada 18 dan 19 Disember lalu. Bengkel dua hari ini dipenuhi dengan sesi ceramah pada hari pertama di BKS 1, Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM dan sesi “hands-on” pada hari kedua di Foodcyber 2, Food 1, FSTM.

Program ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Son Radu yang merupakan penyelidik bersekutu FOSFI. Penceramah jemputan yang terlibat merupakan Dr. Chai Lay Ching daripada Universiti Malaya (UM) dan Dr. New Chia Yeung daripada Go Plus Services Sdn Bhd. Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar dari UPM telah menyertai bengkel ini.

Secara keseluruhan, bengkel ini dianggap berjaya dengan para peserta memperoleh pengetahuan baru tentang kaedah penilaian risiko mikrobiologi dan penggunaan perisian yang bersesuaian untuk menilai risiko. Jawatankuasa penganjur berharap bengkel ini dapat menjadi titik permulaan yang baik bagi penyelidik yang ingin mengaplikasikan penilaian risiko mikrobiologi ke dalam penyelidikan mereka pada masa akan datang. Bengkel ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta dan sesi perbincangan semasa minum petang.

Tarikh Input: 03/01/2020 | Kemaskini: 03/01/2020 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAg~