Bengkel “Pengesanan Patogen Makanan Melalui PCR” | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel “Pengesanan Patogen Makanan Melalui PCR”

Bengkel “Pengesanan Patogen Makanan Melalui PCR”

5 September 2017 – Bengkel “Pengesanan Patogen Makanan Melalui PCR” selama dua hari telah dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS). Bengkel ini bermula pada 5 September 2017 dan berakhir pada 6 September 2017, serta mendapat sokongan teknikal daripada pembekal peralatan makmal terkemuka, Eppendorf. Bengkel yang terdiri daripada gabungan seminar dan sesi praktikal ini telah diadakan di Makmal Pusat, ITAFoS, UPM. Seramai tujuh orang peserta telah mendaftar untuk menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada ahli akademik, pembantu penyelidik, dan pelajar siswazah.

 

Encik Wan menunjukkan demonstarsi penggunaan produk Eppendorf semasa sesi teori

Profesor Dr. Son Radu (FOSFI) dan Encik Wan Keng Fei (Eppendorf) adalah penceramah jemputan untuk sesi seminar. Prof. Dr. Son berkongsi pengalamannya dan memberikan wawasan mengenai keselamatan makanan semasa melalui kuliahnya manakala Encik Wan berkongsi pengetahuan tentang cara mengendalikan sampel dan mengawal pencemaran. Bengkel ini telah dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada penggunaan PCR dalam mengesan patogen bawaan makanan. Di samping itu, latihan juga menyokong pembangunan komuniti Keselamatan Makanan untuk mengembangkan rangkaian dan menggalakkan perkongsian pengetahuan.

 

Para peserta bergambar di akhir bengkel

Bengkel ini menumpukan kepada pengesanan patogen tunggal (singleplex pathogen) dan mengesan (multiplex pathogen) patogen berganda. Escherichia coli digunakan sebagai patogen untuk pengesanan singleplex pathogen, manakala E. coli, Salmonella dan Staphylococcus aureus digunakan sebagai patogen bagi pengesanan multiplex pathogen. Setiap peserta diberi peluang untuk mengendalikan sendiri sampel masing-masing semasa sesi praktikal dengan bimbingan oleh fasilitator. Menjelang akhir sesi praktikal, mereka dapat melihat keputusan PCR melalui elektroforesis gel agarosa. Bengkel ini berjaya mencapai matlamatnya. Yang paling penting, ahli akademik dan penyelidik yang terlibat dapat berkongsi pengetahuan mereka dalam membangunkan penyelidikan bagi menyelesaikan isu keselamatan dan sekuriti makanan.

Tarikh Input: 11/09/2017 | Kemaskini: 11/09/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAP~