Bengkel Penulisan Jurnal | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Penulisan Jurnal

Bengkel Penulisan Jurnal

15 Mei 2018, Serdang - Makmal Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah mengadakan Bengkel Penulisan Jurnal di Bilik Angsana Putra 2 dan Bilik Wacana Putra 4, Bangunan TNCPI, Universiti Putra Malaysia. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar siswazah telah menghadiri bengkel 2 hari ini.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan secara intensif tentang penulisan jurnal. Pelajar siswazah berpeluang untuk berbincang secara mendalam dengan penyelia masing-masing mengenai masalah yang mereka hadapi semasa menulis manuskrip. Pada akhir bengkel ini, para pelajar diharapkan dapat menghantar manuskrip mereka kepada jurnal yang berkaitan dalam tempoh 3 bulan akan datang. Kemajuan proses penulisan manuskrip mereka akan dipantau rapi bagi mencapai sasaran tempoh penerbitan.

Bengkel ini adalah satu platform yang baik untuk meningkatkan kemahiran penulisan saintifik di kalangan pelajar siswazah. Diharapkan agar bengkel ini akan terus dijalankan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada para pelajar.

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCA3~