Bengkel Penulisan Saintifik Laboratori Produksi Haiwan Lestari Dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Penulisan Saintifik Laboratori Produksi Haiwan Lestari Dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)

Bengkel Penulisan Saintifik Laboratori Produksi Haiwan Lestari Dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)

8 September 2022, Serdang – Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah mengadakan Bengkel Penulisan Jurnal di Bilik Kuliah 4, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai penyelidik dan pelajar siswazah telah menghadiri bengkel ini. Pihak urusetia juga telah menjemput seorang pensyarah dan penyelidik yang berpengalaman iaitu Dato' Dr. Mohd Ali Hassan untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman beliau berkenaan dengan penulisan jurnal.

                              

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan dan panduan yang terbaik tentang penulisan jurnal. Pelajar siswazah didedahkan dengan kaedah dan cara penulisan journal yang efektif dan mengenal masalah yang sering hadapi oleh para pelajar di dalam menulis manuskrip. Pada akhir bengkel ini, para pelajar diharapkan dapat menghantar manuskrip mereka kepada jurnal yang berkaitan. Bengkel ini adalah merupakan satu program yang baik dan berkesan untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran mengenai kepentingan penulisan saintifik di kalangan pelajar siswazah. Diharapkan agar bengkel ini akan terus dijalankan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada para pelajar.

Tarikh Input: 20/09/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeGAR~