Gotong-Royong Makmal Produksi Haiwan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Gotong-Royong Makmal Produksi Haiwan

Gotong-Royong Makmal Produksi Haiwan

Pada 22 Mac 2022, telah diadakan gotong-royong di Makmal Produksi Haiwan ITAFoS. Aktiviti ini melibatkan seramai dua orang staf dan lima orang pelajar dari Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti. Ianya diketuai oleh Encik Mohd. Faizol selaku Pegawai Bertanggungjawab makmal tersebut.

Program ini dijalankan secara berkala iaitu sekali pada setiap sukuan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan staf serta pengguna makmal berkenaan. Konsep 5s diamalkan sewaktu kerja-kerja pembersihan dijalankan, yang mana alatan yang usang dan tidak diperlukan diasingkan atau dimusnahkan. Bagi aset-aset alih pula, telah dikenalpasti untuk dilupuskan dalam masa terdekat.

Hasil gotong-royong, makmal kelihatan lebih tersusun dan mempunyai ruang yang lebih luas dan boleh dimanfaatkan di masa akan datang. Pihak Ketua Laboratori mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan amat menggalakkan aktiviti ini dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang.

  

Antara foto aktiviti gotong-royong.

Tarikh Input: 02/06/2022 | Kemaskini: 02/06/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEAy~