International Conference On Crop Improvement 2013 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » International Conference on Crop Improvement 2013

International Conference on Crop Improvement 2013


Bangi, 25 November - Universiti Putra Malaysia menjalinkan kerjasama dengan University of Nottingham dan University of Reading dari United Kingdom serta Elite Scientific Instrument Sdn Bhd telah menjayakan International Conference on Crop Improvement (ICCI2013) (Persidangan Antarabangsa mengenai Penambahbaikan Tanaman). Persidangan yang bertemakan “Issues and Prospects for Biotechnology Intervention” (Isu dan Prospek untuk Intervensi Bioteknologi) ini telah berlangsung di Hotel Equatorial, Bangi pada 25 dan 26 November, 2013.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan harapan tinggi dalam kerjasama antara UPM dengan The University of Nottingham dan juga University of Reading dalam bidang penyelidikan dan teknologi terkini perladangan. Turut hadir sama ialah Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Pengarah ITA, Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Dekan Fakulti Pertanian dan Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah, selaku Pengerusi ahli jawatankuasa program tersebut. Menurut Prof. Datin Dr. Siti, ucaptama persidangan ini telah disampaikan oleh Prof Jeremy Roberts dari University of Nottingham, UK. Persidangan ini telah dihadiri oleh ahli-ahli akademik, para penyelidik sains tumbuhan dan ketua penyelidik di Malaysia yang berminat dalam penambahbaikan tanaman.

“Persidangan ini merupakan peluang terbaik bagi para peserta untuk bersuaikenal dan menjalin hubungan baik dengan para penyelidik tumbuhan dari dalam dan luar negara. Para peserta juga akan berpeluang untuk menimba ilmu mengenai strategi dan inovasi terkini yang efektif dalam bidang bioteknologi untuk penambahbaikan tumbuhan. Terdapat pelbagai topik menarik yang telah dibentangkan oleh penyelidik tumbuhan yang tersohor di Malaysia dan luar negara,” kata Prof. Datin Dr. Siti.

 

Persidangan ini telah memberi ruang untuk perkongsian idea di samping menggalakkan kolaborasi dan jalinan kerjasama demi kemajuan penambahbaikan tanaman.Persidangan ini juga memberi perkembangan mengenai maklumat terkini tentang penyelidikan Arabidopsis termasuk aplikasi untuk kefungsian genomik.

Terdapat lima sesi sepanjang persidangan ini di mana 23 penceramah jemputan telah membentangkan penemuan terkini dan hasil penyelidikan yang menarik selari dengan tema persidangan ini dan disertai seramai 133 peserta dari 21 organisasi termasuk universiti, institusi penyelidikan dan ahli industri.



Antara penceramah yang telah membentangkan penemuan hasil penyelidikan mereka sempena ICCI2013 ialah:

1) Prof. Dr. Carol Wagstaff dari University of Reading, UK
2) Prof. Dr. Zoe Wilson dari University of Nottingham, UK
3) Dr. Sean Mayes dari Crops for the Future Research Centre
4) Dr. Rusli Ibrahim dari Agensi Nuklear Malaysia
5) Dr. Zubaidah Ramli dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia
6) Assoc. Prof. Dr. Maheran Abdul Aziz dari Universiti Putra Malaysia
7) Prof. Dr. Wickneswari Ratnam dari Universiti Kebangsaan Malaysia
8) Prof. Dr. Mohamed Hanafi Musa dari Universiti Putra Malaysia
9) Dr. Chow Keng See dari Lembaga Getah Malaysia
10) Assoc. Prof. Dr. Wong Mui Yun dari Universiti Putra Malaysia
11) Dr. Sharifah Shahrul Rabiah Syed Alwee dari FELDA Agriculture Services Sdn Bhd.

Terdapat lima sesi sempena ICCI2013:

1) Genetic Manipulation and In Vitro Technology
(Manipulasi Genetik dan Teknologi In-vitro)
2) Marker Technology and Breeding
(Teknologi Penanda dan Pembiakbakaan)
3) Plant-microbe Interaction
(Interaksi Tumbuhan-Mikrob)
4) Plant Nutrition and Physiology
(Nutrisi Tumbuhan dan Fisiologi)
5) Gene Discovery and Bioinformatics.
(Penemuan Gen dan Bioinformatik)

Persidangan ini telah berakhir dengan satu perbincangan panel mengenai “Effective Biotechnology Intervention Strategies for Crop Improvement” (Strategi Berkesan Intervensi Bioteknologi untuk Penambahbaikan Tanaman) yang disertai empat ahli panel:
1) Prof. Dr. Jeremy Roberts dari University of Nottingham, UK
2) Prof. Dr. Maziah Mahmood dari Universiti Putra Malaysia
3) Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman dari Universiti Malaya
4) Prof. Dr. Zoe Wilson dari University of Nottingham, UK

Pertanian ialah salah satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia dan ia juga penting untuk keselamatan makanan. Maka, adalah penting untuk mempunyai satu praktis pertanian yang lestari. Bioteknologi menyediakan kaedah untuk mempercepat pengeluaran hasil penyelidikan dan ia juga penting untuk menguraikan fenomena-fenomena biologi yang kompleks. Bioteknologi juga menyediakan kaedah pemudahcara yang mempunyai prospek mengujakan untuk masa depan penambahbaikan tanaman.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEA1~