ITA Ke Arah Akreditasi MS ISO/IEC 17025 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » ITA Ke Arah Akreditasi MS ISO/IEC 17025

ITA Ke Arah Akreditasi MS ISO/IEC 17025

Serdang, 10 Jun - Jawatankuasa Akreditasi MS ISO/IEC 17025 Institut Pertanian Tropika telah menjalani Audit Dalaman dalam usaha memperolehi akreditasi berkenaan. Taklimat Pembukaan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohamed Hanafi Musa selaku Pengurus Kualiti yang juga merupakan Penyelaras kemudahan ICPMS di ITA. Pasukan juruaudit dianggotai oleh Puan Norlinawati Abd. Halim (selaku Ketua Juruaudit) dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Puan Siti Munira Abdul Razak dari Institut Penyelidikan Halal, UPM.

Skop pengujian yang ditawarkan di ITA ialah pengujian kimia dan kaedah pengujian pertama yang didaftarkan ialah Penentuan Metilmerkuri di dalam Ikan dan Produk berasaskan Ikan menggunakan LC-ICPMS. Organisasi MS ISO/IEC17025 ITA telah melepasi Audit Kecukupan yang dilaksanakan pada bulan Januari lalu oleh Juruaudit dari Jabatan Standards Malaysia (DSM).

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeBAj~