ITAFoS Anjur Program Komuniti Bersama Pelajar Sekolah Menengah Berpendidikan Khas | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » ITAFoS Anjur Program Komuniti Bersama Pelajar Sekolah Menengah Berpendidikan Khas

ITAFoS Anjur Program Komuniti Bersama Pelajar Sekolah Menengah Berpendidikan Khas

Kota Bharu – Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan telah menjalankan ‘Program Pemindahan Teknologi Sistem Penanaman Secara Fertigasi’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu, Kelantan. Program ini bertujuan melaksanakan pemindahan teknologi sistem fertigasi tanaman makanan kepada pelajar sekolah menengah berpendidikan khas (pelajar pendidikan khas integrasi). Program ini juga turut menyediakan latihan pertanian jangka panjang, supaya pelajar mampu menanam sendiri tanaman menggunakan kaedah ini sebagai sumber pendapatan mereka di masa depan. Projek komuniti itu yang disertai kira-kira 30 pelajar pendidikan khas termasuk guru-guru telah meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang pertanian moden. Sebanyak tiga pusingan penanaman telah dilakukan. Kitaran pertama adalah pemindahan teknologi kepada pelajar, kitaran kedua dan ketiga adalah tempoh pemantauan untuk melihat teknologi yang dipindahkan telah berjaya dipraktikkan oleh pelajar tanpa masalah. Kesemua pelajar yang terlibat telah mendapat pengetahuan baru serta manfaat daripada pembalajaran ini.  Para pelajar juga turut memperoleh maklumat serta pengalaman berguna semasa sesi latihan amali dan sepanjang sesi pembelajaran.

Tarikh Input: 01/03/2019 | Kemaskini: 01/03/2019 | fatma

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAy~