ITAFoS Turut Meraikan Pelancaran ‘Putra Future Classroom’ Oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » ITAFoS Turut Meraikan Pelancaran ‘Putra Future Classroom’ oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik

ITAFoS Turut Meraikan Pelancaran ‘Putra Future Classroom’ oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik

SERDANG, 5 Mac - Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan telah dijemput untuk meraikan Majlis Pelancaran Putra Future Classroom (PFC) di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia . Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Perasmian tiga bilik kuliah berkonsepkan masa hadapan telah disempurnakan sebagai satu daripada inisiatif ‘Smart Campus’ bertujuan menyemarakkan ekosistem pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi, agar ia menjadi lebih kondusif dan menyeronokkan bagi pelajar dan warga kampus. PFC berfungsi sebagai pusat rujukan prototaip bilik darjah atau bilik kuliah masa depan yang menggunakan amalan terbaik pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran. Ia juga berperanan sebagai ‘launching pad’ teknologi dan ‘test bed’ sampel kelas atau bilik kuliah abad ke-21 yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan matlamat melahirkan generasi pelajar ‘ulul albab’ yang ‘future proof’, teguh jati dan bepekerti unggul di luar sebagai rujukan ilmu. Turut hadir bersama YB Menteri adalah Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan YBhg. Prof. Dato’ Dr.Ing Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

 

Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 08/03/2019 | fatma

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAT~