Kolokium LRGS - Enhancing The Competitiveness And Suistainability Of The Poultry | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kolokium LRGS - Enhancing the competitiveness and suistainability of the poultry

Kolokium LRGS - Enhancing the competitiveness and suistainability of the poultry


Port Dickson, 1 Februari - Institut Pertanian Tropika (ITA) telah mengadakan Kolokium Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) di bawah tajuk 'Enhancing the competitiveness and suistainability of the poultry industry through improved feedstock'. Bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, kolokium selama tiga hari ini yang bermula dari 30 Januari 2015 bertujuan untuk menilai pencapaian setiap sub projek LRGS serta status pencapaian pelajar dalam projek berkaitan.

Selain itu, penglibatan pihak industri dalam kolokium ini telah memberi peluang kepada pihak ITA untuk berbincang dan seterusnya mendapat maklumbalas mengenai impak penyelidikan ini kepada industri poultri di Malaysia. Hadir sama dalam program kolokium ini ialah Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Pengarah ITA yang juga merupakan Ketua Program bagi Projek LRGS tersebut. 5 orang wakil dari pihak industri yang terlibat dalam program ini antaranya ialah Dr. Ahmad Mujahid dari Syarikat Sumitomo Chemical Enviro-Agro, Senawang, Negeri Sembilan, Dr. Richard Chong dari Syarikat Anitox, Port Klang, Dato' Dr. Vincent Ng dari Syarikat Agro Resources Worldwide Sdn. Bhd. Klang, Dr. Tan Chee Kiang dari Syarikat Chareon Pokhpand Malaysia, Port Klang dan Mr. Steven Goh dari Syarikat Delst Asia Sdn. Bhd. Port Klang.

 

Kolokium ini disertai seramai 24 orang pelajar, 3 orang pasca doktor dan 15 orang penyelidik.

LRGS merupakan sebuah geran penyelidikan jangka panjang yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menjalankan penyelidikan jangka masa panjang berimpak tinggi. ITA telah menerima dua geran LRGS, yang mana sebuah lagi geran memberi tumpuan dalam Keselamatan Makanan (Food Security) khususnya penyelidikan tanaman padi.

 

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEAa~