Kursus Asas Bomb Calorimeter | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Asas Bomb Calorimeter

Kursus Asas Bomb Calorimeter

Pada 16 Mei 2023 yang lalu, seramai tujuh orang pegawai telah menghadiri Kursus Asas Bomb Calorimeter, jenama IKA, model C 2000. Latihan diadakan di Makmal Produksi Haiwan, Makmal Pusat ITAFoS dan disampaikan oleh wakil IKA Works (ASIA) Sdn Bhd.

Latihan anjuran Jawatankuasa Akreditasi ITAFoS dan Makmal Produksi Haiwan adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas berkenaan alat dan cara penggunaan alat yang betul kepada peserta kursus. Latihan ini adalah perlu bagi memastikan pengguna dapat mengendalikan alat tersebut dengan betul agar hasil dapatan analisis adalah tepat dan juga boleh memanjangkan jangka hayat alat ini.

Kesemua peserta berpuashati dengan kandungan latihan dan secara langsung dapat meningkatkan lagi kefahaman serta kemahiran dalam mengendalikan alat tersebut.

Tarikh Input: 08/06/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAS~