Kursus Kesihatan Ternakan Poltri: Pengendalian Ubat-Ubatan Dan Vaksin Kepada Ternakan Poltri Serta Pemeriksaan Anatomi Dan Fisiologi Poltri | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Kesihatan Ternakan Poltri: Pengendalian Ubat-Ubatan Dan Vaksin Kepada Ternakan Poltri Serta Pemeriksaan Anatomi dan Fisiologi Poltri

Kursus Kesihatan Ternakan Poltri: Pengendalian Ubat-Ubatan Dan Vaksin Kepada Ternakan Poltri Serta Pemeriksaan Anatomi dan Fisiologi Poltri

ITAFoS telah mengadakan Kursus Kesihatan Ternakan Poltri: Pengendalian Ubat-Ubatan Dan Vaksin Kepada Ternakan Poltri Serta Pemeriksaan Anatomi dan Fisiologi Poltri di Park Inn Radisson, Putrajaya pada 12 -14 Oktober 2022 yang lalu,. Kursus selama dua setengah hari ini dihadiri oleh tenaga pengajar dari Kolej Vokasional (KV) dalam bidang poltri. Kursus ini merupakan anjuran bersama Fakulti Perubatan Veterinar dan Empirenet Ventures Sdn. Bhd.

Perkongsian ilmu dan latihan praktikal dari pakar UPM dilihat amat penting dalam memberikan pendedahan awal kepada pihak tenaga pengajar KV tentang pengurusan dan kawalan penyakit dalam ternakan poltri. Aktiviti ini dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran di kolej-kolej Vokasional masing-masing, termasuk pembentukan kurikulum mereka sendiri.

Kesan wabak penyakit seperti ‘Newcastle Disease’, ‘Infectious Bursa Disease’, ‘Salmonellosis’ menjadi masalah dan kekangan dalam jaminan keselamatan dan pertumbuhan industri ternakan poltri di Malaysia. Jangkitan penyakit tersebut secara langsung akan menjejaskan operasi ladang ternakan dan kualiti produk poltri. Oleh itu, kaedah pengawalan dan pengetahuan mengenai biosekuriti di ladang ayam adalah amat penting dalam memastikan operasi ladang ayam dijalankan dengan baik dan dapat mengurangkan risiko serangan penyakit.

Kursus ini membantu tenaga pengajar KV dalam meningkatkan kesedaran tentang industri ternakan ayam di Malaysia. Oleh itu, mereka akan dapat memindahkan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini kepada pelajar dengan peluang untuk mempelajari tentang pengeluaran ayam dan mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang pertanian.

Tarikh Input: 08/11/2022 | Kemaskini: 08/11/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAH~