Kursus Lanjutan Pengurusan Tanaman Napier | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Lanjutan Pengurusan Tanaman Napier

Kursus Lanjutan Pengurusan Tanaman Napier

Pada 5 – 7 September 2022, bertempat di Desaru Kota Tinggi, Johor, telah diadakan satu Kursus Lanjutan Pengurusan Tanaman Napier yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dan pengendalian lepastuai tanaman makanan ternakan iaitu tanaman rumput Napier. Seramai 40 orang pegawai-pegawai Jabatan Pertanian seluruh Malaysia telah menghadiri kursus ini.

Kos makanan ternakan sering menjadi isu dalam pertumbuhan industri penternakan di Malaysia termasuk juga bagi ternakan ruminan. Masalah ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan industri ruminan di negara ini tidak berkembang dengan begitu baik. Sumber makanan semula jadi seperti rumput napier, batang jagung, pelepah sawit dan sebagainya yang banyak terdapat di negara ini perlu digunakan sebaiknya untuk dihasilkan secara komersial sebagai makanan ternakan ruminan. Sumber makanan semula jadi ini perlu diproses dalam bentuk silaj bagi menjamin tumbesaran ternakan ruminan secara berterusan.

 

Silaj adalah sejenis makanan ternakan ruminan yang terhasil daripada proses pemeraman bahan foder dan sisa pertanian yang mempunyai kandungan air 35% -75% dalam keadaan tanpa udara. Perkongsian ilmu dan latihan praktikal oleh staf Pusat Penyelidikan Haiwan, Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti dilihat amat penting dalam memberikan pendedahan awal kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Malaysia tentang cara penyediaan dan penghasilan makanan ternakan ruminan secara silaj.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penghasilan silaj dan rundingan, boleh berhubung terus dengan En. Eddy Shahriza Jamein, Pusat Penyelidikan Haiwan, ITAFoS.

Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 12/09/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAz~