Kursus Pengendalian Inkubator Bagi Ternakan Poltri | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Pengendalian Inkubator bagi ternakan poltri

Kursus Pengendalian Inkubator bagi ternakan poltri

31 Mac 2022, telah diadakan kursus pendek berkenaan pengendalian alatan tersebut yang diadakan di Pusat Penyelidikan Haiwan (PPH). Kursus ini disampaikan oleh En. Eddy Shahriza Jamein secara teori dan praktikal. Kesemua staf di PPH dan pelajar dari Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti telah terlibat dalam kursus yang dijalankan selama 3 jam itu.

Hasil daripada kursus ini, para peserta dapat mengetahui beberapa perkara penting antaranya;

  1. Teknik pengendalian inkubator (cara menetapkan suhu, kelembapan, susunan telur, masa dan penetapan mesin yang sedia ada).
  2. Prosedur penjagaan mesin inkubator untuk menjamin jangka hayat mesin.
  3. Belajar langkah-langkah untuk mengeram telur menggunakan mesin ini dari awal hingga proses penetasan.
  4. Mengetahui prosedur dan perkara yang pengguna perlu lakukan sekiranya ingin menggunakan mesin tersebut.

 

Tarikh Input: 02/06/2022 | Kemaskini: 02/06/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAo~