KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BAGI TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM PENGURUSAN TANAMAN MAKANAN BERKUALITI UNTUK TERNAKAN RUMINAN | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BAGI TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM PENGURUSAN TANAMAN MAKANAN BERKUALITI UNTUK TERNAKAN RUMINAN

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BAGI TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM PENGURUSAN TANAMAN MAKANAN BERKUALITI UNTUK TERNAKAN RUMINAN

SERDANG (7 – 10 Mac 2023) - Telah diadakan ‘KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BAGI TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM PENGURUSAN TANAMAN MAKANAN BERKUALITI UNTUK TERNAKAN RUMINAN’, yang mana melibatkan seramai 15 orang tenaga pengajar dari lima buah Kolej Vokasional di Malaysia iaitu KV (Pertanian) Chenor, Pahang; KV  (Pertanian) Teluk Intan,Perak; KV Dato’ Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan; KV Pasir Putih, Kelantan dan KV Lahad Datu, Sabah.

Kesemua tenaga pengajar yang hadir adalah mereka yang terlibat dalam bidang ternakan ruminan. Program selama tiga setengah hari ini diisi dengan ceramah oleh pakar-pakar di Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, ITAFoS dan juga pakar di Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian. Dua sesi praktikal turut diadakan di Pusat Penyelidikan Haiwan,ITAFoS dan Unit Ruminan, Pusat Pertanian Putra.

Para peserta juga berpeluang mempelajari kaedah penanaman dan penjagaan tanaman bagi makanan ternakan serta memproses dan menghasilkan sendiri silaj, menggunakan pelepah kelapa sawit. Program seperti ini adalah sangat menarik dan memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pengurusan dan penghasilan makanan ruminan yang terbaik” kata salah seorang peserta.

Pihak ITAFoS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat memberi nilai tambah dalam proses pengajaran  dan pembelajaran di Kolej Vokasional masing-masing. Terima kasih juga kepada barisan penceramah ITAFoS, Fakulti Pertanian dan Pusat Pertanian Putra atas kesudian memenuhi pengisian kursus ini. Terima kasih juga kepada penceramah ITAFoS, Kolej Pertanian dan Pusat Pertanian Putra kerana sudi menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk kursus ini.

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAh~