KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN POLTRI | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN POLTRI

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN POLTRI

Pada 27 – 29 September 2022 yang lalu, telah diadakan Kursus Peningkatan Kemahiran Formulasi Dan Pembuatan Makanan Ternakan Poltri kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) dari seluruh Malaysia. Kursus ini  bertujuan memberi pendedahan kepada tenaga pengajar KV berkaitan pengurusan dan pembuatan makanan ternakan poltri.

Seramai 19 orang tenaga pengajar dari KV  (Pertanian) Teluk Intan,Perak; KV (Pertanian) Chenor, Pahang; KV Dato’ Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan; KV Pasir Putih, Kelantan; dan KV Lahad Datu, Sabah, telah menghadiri kursus 3 hari ini dengan jayanya.

   

 

 

 

 

 

 

 

Kursus ini dikendalikan oleh pakar dalam bidang ternakan poltri dari pegawai dan penyelidik bersekutu ITAFoS. Kursus diadakan secara teori dan praktikal bagi memastikan keberkesanan kursus. Kandungan kursus meliputi cara pengurusan ayam yang betul, cara pembuatan makanan ternakan poltri yang betul dan keperluan nutrien dalam pembuatan makanan tersebut.

Lawatan ke industri turut diadakan bagi peserta melihat sendiri penghasilan formulasi makanan ternakan oleh pengusaha tempatan iaitu En. Tham Ming Sum, Nutri Vet Livestock Sdn. Bhd, Nilai, Negeri Sembilan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa penganjuran kursus ini boleh membantu pihak KV dalam proses pengajaran dan pemindahan ilmu kepada guru-guru secara khususnya dan pelajar, sekaligus dapat membantu dalam peningkatan industri ternakan poltri di negara ini.

Tarikh Input: 18/10/2022 | Kemaskini: 18/10/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEAH~