Latihan Kebakaran ITA | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Latihan Kebakaran ITA

Latihan Kebakaran ITA

Serdang, 22 Ogos – Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Institut Pertanian Tropika (ITA) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan latihan kebakaran (“Fire Drill”) di Makmal Pusat ITA dengan jayanya. Latihan ini dimulakan dengan membuat kepulan asap di salah sebuah makmal dan sistem penggera keselamatan dibunyikan. Menurut Unit Bantu Mula UPM, pasukan ERT ITA telah berjaya melakukan operasi pengungsian bangunan dan menyelamat mangsa dalam masa dua minit, iaitu kurang lima minit yang telah ditetapkan oleh PPKKP UPM setelah penggera kecemasan diaktifkan. Kereta bomba Unit Bantu Mula dan ambulan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) turut digunakan dalam operasi ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada peserta latihan kebakaran yang terdiri daripada staf dan pelajar ITA.

 

Selepas latihan dijalankan, para peserta diberi sedikit taklimat oleh Komander Insiden ERT, En. Mohd Kamarulzaman Ismail dan penasihat ERT, Prof. Dr. Norhani Abdullah berkenaan dengan pentingnya latihan kebakaran seperti ini bagi tujuan mengetahui dan mempelajari langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian kebakaran sebenar. Di penghujung program, pihak Unit Bantu Mula UPM telah memuji kehadiran peserta yang menggalakkan bagi latihan ini. Tahniah kepada pasukan ERT ITA dan peserta yang terlibat!

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAK~