Lawatan Dan Pemeriksaan Fasiliti Rumah Haiwan 2023 (ITAFoS) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Dan Pemeriksaan Fasiliti Rumah Haiwan 2023 (ITAFoS)

Lawatan Dan Pemeriksaan Fasiliti Rumah Haiwan 2023 (ITAFoS)

7 Februari 2023, seramai 4 orang ahli Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan, UPM telah datang melawat dan memeriksa fasiliti di Pusat Penyelidikan Haiwan, ITAFoS. Tujuan pemeriksaan tersebut adalah:

  1. untuk memastikan pematuhan keselamatan dan kebajikan haiwan-haiwan penyelidikan
  2. memastikan kompetensi dan keselamatan staf dalam melaksanakan tugas harian
  3. mengenalpasti penambahbaikan/naiktaraf yang perlu untuk memastikan kelancaran penyelidikan, kebajikan haiwan dan staf terjamin


Pemeriksaan dilaksanakan dalam dua kaedah, iaitu secara temubual bersama staf dan juga pemeriksaan langsung ke rumah-rumah haiwan tersebut. Staf ditemubual berkenaan pengurusan dan proses pelaksanaan dijalankan serta sebarang cadangan berkenaan naiktaraf yang diperlukan. Pemeriksaan juruaudit bersama staf di kedua-dua unit poltri dan ruminan turut membincangkan penyelidikan yang sedang dijalankan dan aspek kebajikan haiwan ternakan.

 

Secara keseluruhannya, lawatan tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada kedua-dua belah pihak dan rumah ternakan telah dijaga dengan baik.

 

Tarikh Input: 09/02/2023 | Kemaskini: 09/02/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAc~