Lawatan Delegasi Dari Universitas Brawijaya, Indonesia Ke Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Delegasi dari Universitas Brawijaya, Indonesia ke Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan

Lawatan Delegasi dari Universitas Brawijaya, Indonesia ke Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan

Pada 9- 13 Januari 2023, pihak ITAFoS di bawah Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti telah menerima kunjungan tiga orang penyelidik dari Universitas Brawijaya, Indonesia. Tujuan utama kunjungan selama seminggu ini adalah untuk mengadakan perbincangan dan seterusnya menerbitkan artikel bersama.

Dalam kunjungan ini, pengisian program termasuklah lawatan ke PTJ berkaitan bagi melihat sendiri fasiliti serta kelengkapan penyelidikan yang disediakan dalam membantu bukan sahaja siswazah dan penyelidik UPM, malahan melibatkan rakan industri dan badan-badan kerajaan yang menjalinkan kerjasama bersama UPM.

Sehubungan itu, pihak ITAFoS ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PTJ yang sudi menerima kunjungan pelawat kami iaitu Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Pertanian dan Fakulti Sains. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua buah Universiti serta mengeratkan jalinan kerjasama sesama PTJ di UPM.

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 09/02/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAL~