Lawatan Lembaga Lada Malaysia Ke Rumah Hijau Transgenik UPM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Lembaga Lada Malaysia ke Rumah Hijau Transgenik UPM

Lawatan Lembaga Lada Malaysia ke Rumah Hijau Transgenik UPM



Serdang, 14 Mac - Seramai sepuluh orang pegawai daripada Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah mengambil bahagian dalam lawatan ke Rumah Hijau Transgenik UPM hari ini. Rombongan lawatan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah MPB, En. Philip Gaweng dan diiringi oleh wakil daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak. Menurut En. Philip, lawatan dari MPB ini bertujuan mendapatkan maklumat berkenaan idea rekabentuk dan kemudahan asas Rumah Hijau Trasgenik UPM. Pihak MPB memilih Rumah Hijau Transgenik UPM sebagai sasaran lawatan kerana Rumah Hijau ini memenuhi spesikasi dan piawaian antarabangsa untuk dijadikan rujukan pihak MPB.



Program lawatan dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dan selamat datang daripada Pengarah Institut Pertanian Tropika (ITA), Prof. Dr. Zulkifli Idrus dan persembahan slaid pengenalan Rumah Hijau Transgenik UPM oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah. Kemudian pelawat dibawa melawat sekitar Rumah Hijau Transgenik sambil diberi penerangan oleh Pegawai Pertanian ITA, En. Mohd Kamarulzaman Ismail.

MPB adalah sebuah badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2007 dan terletak di bawah seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Salah satu matlamat penubuhan MPB adalah untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada dan industri lada (Piper nigrum Linnaeus).


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCA2~