Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak

Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak

SERDANG (15 Mac 2023) - Seramai 47 orang pelajar dan diiringi 8 orang guru Kolej Vokasional Teluk Intan, telah hadir ke ITAFoS bagi aktiviti Lawatan Sambil Belajar separuh hari. Lawatan ini merupakan pendedahan secara langsung bagi pelajar mereka dari Unit Agroindustri Ternakan Poltri kepada aktiviti pnternakan di UPM .

Lawatan mereka turut mendapat kerjasama pihak Pusat Pertanian Putra terutamanya di Unit Puyuh, Unit Pedaging dan Tenusu. Lawatan mereka ke Unit Puyuh telah disambut dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah ITAFoS, Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim.

Para peserta lawatan telah menerima taklimat daripada pegawai Unit Puyuh berkenaan pengurusan dan penjagaan haiwan ternakan poltri. Peserta dibawa melihat sendiri pengurusan kawasan ternakan dan penjagaan kebajikan puyuh.

Seterusnya, mereka dibawa melawat Ladang 16 dan mendengar taklimat dari pegawai Unit Pedaging bagi penjagaan ternakan ruminan seperti lembu dan rusa. Menurut salah seorang guru, unit ruminan merupakan salah satu tempat yang paling tepat dapat dilawati kerana ianya termasuk di dalam  silibus Sains Haiwan yang mereka pelajari di kolej. Beberapa orang pelajar dan guru juga turut berpeluang merasa susu lembu segar dari unit tersebut. 

Pendedahan berkaitan keselamatan makanan akan membuka mata dan minat mereka terhadap keupayaan penyelidikan pertanian yang terdapat di Malaysia khususnya di universiti tempatan seperti UPM.

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeFAC~