Lawatan Sekretariat IACUC UPM Ke Pusat Penyelidikan Haiwan, ITA | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Sekretariat IACUC UPM ke Pusat Penyelidikan Haiwan, ITA

Lawatan Sekretariat IACUC UPM ke Pusat Penyelidikan Haiwan, ITA


Serdang, 3 Oktober - Jawatankuasa Penjagaan dan Penggunaan Haiwan Institusi (IACUC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke Pusat Penyelidikan Haiwan (ARC), Institut Pertanian Tropika (ITA) bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Lawatan ini merupakan pemeriksaan oleh sekretariat IACUC mengenai aktiviti penjagaan dan pengendalian haiwan penyelidikan dan infrastruktur yang terlibat di ARC. Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Prof. Dr. Mohamed Ariff Omar dan Dr. Chen Hui Cheng dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Pegawai ARC dan staf ITA yang terlibat adalah Encik Eddy Shahriza Jamein (Pegawai Pertanian, ARC), Encik Mohd. Farhan Makhlis (Pembantu Veterinar, ARC), Cik Azilah Ab Jalil (Pegawai Penyelidik, Laboratori Produksi Haiwan) dan beberapa orang pelajar ijazah lanjutan yang sedang menjalankan penyelidikan haiwan ruminan dan poltri. 

 

ARC siap dibina pada penghujung Januari 2014 dan mula beroperasi pada April 2014. Kemudahan penyelidikan yang disediakan meliputi fasiliti seperti kandang lembu dan kambing (kandang individu dan berkumpulan), reban tertutup untuk poltri, reban suhu terkawal, reban terbuka dan reban bertingkat jenis stainless steel.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeGAN~