Lawatan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB. Tuan Sim Tze Tzin Ke Pameran PadiU Putra, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan, Sempena Lawatan Ke UPM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Tuan Sim Tze Tzin ke Pameran PadiU Putra, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Sempena Lawatan ke UPM

Lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Tuan Sim Tze Tzin ke Pameran PadiU Putra, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Sempena Lawatan ke UPM

SERDANG, 25 Februari - YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan lawatan ke gerai pameran PadiU Putra, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia, bertempat di Dewan Pertanian, UPM. Prof. Madya Dr. Norida Mazlan selaku Ketua Laboratori ITAFoS mengalu-alukan dan menerangkan maklumat berkaitan pakej PadiU Putra, iaitu pakej teknologi yang dihasilkan oleh ITAFoS untuk meningkatkan hasil padi menggunakan benih yang rentang penyakit serta penggunaan baja serta pengurusan penyakit bersepadu, bagi mengatasi pelbagai masalah penyakit pada pokok padi yang dihadapi oleh pesawah.  Turut hadir bersama YB Timbalan Menteri adalah Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris.

 

 

 

Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 12/03/2019 | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEAY~