Majlis Bacaan Tahlil Dan Jamuan Hari Raya ITA 2014 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Majlis Bacaan Tahlil dan Jamuan Hari Raya ITA 2014

Majlis Bacaan Tahlil dan Jamuan Hari Raya ITA 2014


Serdang, 26 Ogos – Institut Pertanian Tropika (ITA) memilih hari terakhir dalam bulan Syawal bagi mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri ITA 2014. Bertempat di hadapan pejabat pentadbiran ITA, majlis dimulakan pada tengah hari dengan bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Syamil Rosli dari Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Pelbagai jenis juadah disediakan hasil sumbangan derma ikhlas dan sumbangan makanan daripada staf-staf ITA. Sedikit ucapan Hari Raya daripada Pengarah ITA, Prof. Dr. Zulkifli Idrus sejurus bacaan tahlil selesai. Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada ahli jawatankuasa Majlis Jamuan Hari Raya ITA di atas usaha menjayakan majlis tersebut. Beliau turut memberi ucapan tahniah dan selamat tinggal kepada dua orang staf ITA yang bakal meninggalkan ITA, iaitu Puan Norazrin Ariffin dan Cik Intan Suraya Abu Bakar. Puan Norazrin akan berangkat ke United Kingdom bagi melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah beliau manakala Cik Intan Suraya akan berpindah ke Fakulti Perhutanan UPM.

 

 

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cenderamata kepada Puan Norazrin dan Cik Intan Suraya.

 

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAR~