Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bersetuju supaya Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM dilaksanakan secara gabungan di antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut kluster pada 10 Mei 2023 (Rabu) jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang bertempat di Dewan Bankuet. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan saling mengunjungi serta beramah mesra sesama warga UPM. Selain daripada itu, pihak pengurusan UPM turut menganjurkan pertandingan baju raya tercantik bagi kategori lelaki dan wanita, pertandingan karaoke, dan pertandingan gerai raya tercantik antara PTJ.
Tarikh Input: 25/05/2023 | Kemaskini: 25/05/2023 | norshahmimi
Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia