Pakej PadiU Putra Mendapat Perhatian Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dr. Maszlee Malik Di Majlis Amanat Menteri Pendidikan Bagi Tahun 2019 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Pakej PadiU Putra Mendapat Perhatian Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dr. Maszlee Malik di Majlis Amanat Menteri Pendidikan Bagi Tahun 2019

Pakej PadiU Putra Mendapat Perhatian Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dr. Maszlee Malik di Majlis Amanat Menteri Pendidikan Bagi Tahun 2019

SERDANG, 14 Januari - Berasaskan jaminan makanan untuk negara iaitu tanaman padi, ITAFoS UPM berjaya mengenengahkan teknologi PadiU Putra bagi membantu mengatasi masalah petani. Teknologi PadiU Putra telah mendapat perhatian semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Penerangan berkaitan teknologi PadiU Putra ini telah disampaikan oleh Pengarah ITAFoS, iaitu Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia semasa lawatan ke gerai pameran yang diadakan sempena majlis amanat tersebut. YB Menteri Pendidikan Malaysia telah memperakui dan memberi ucapan tahniah kepada ITAFoS atas usaha membantu mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan para petani.

 

Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 07/09/2020 | fatma

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeGAM~