Pelan Tindakan Insiden 2021 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Pelan Tindakan Insiden 2021

Pelan Tindakan Insiden 2021

Jawatankuasa Pasukan Tindakbalas Kecemasan (ERT), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menganjurkan satu taklimat bertajuk “Pelan Tindakan Insiden 2021” pada 20 Januari 2022. Taklimat ini diadakan bagi memenuhi keperluan penganjuran latihan yang telah ditetapkan bagi tahun 2021, oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM. Walau bagaimanapun, taklimat tersebut tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2021 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf  ITAFoS mengenai fungsi ERT serta tanggungjawab dan peranan Ahli Jawatankuasa ERT-ITAFoS (JK ERT-ITAFoS) selain menerangkan kepada staf prosedur pengungsian bangunan.

Taklimat dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah ITAFoS, Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop. Seterusnya “Objektif Pelan Tindakan Insiden” telah disampaikan oleh Komandan Insiden JK ERT-ITAFoS, Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim. Pembentangan “Pelan Tindakan Insiden” telah disampaikan oleh Timbalan Komandan JK ERT-ITAFoS, En. Eddy Shahriza Jamein. Video “Prosedur Pengungsian Bangunan” turut ditayangkan kepada staf ITAFoS bagi menerangkan secara visual prosedur tersebut.

Taklimat diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua yang terlibat. Melalui program yang dijalankan ini diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran staf ITAFoS mengenai aspek keselamatan ketika berada di UPM serta dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ketika berlaku kecemasan.

        

Tarikh Input: 01/03/2022 | Kemaskini: 01/03/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAz~