Program Kolaborasi Pemindahan Ilmu Vetpil Edisi Khas (FPV): Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Program Kolaborasi Pemindahan Ilmu Vetpil Edisi Khas (FPV): Sambutan Jubli Emas 50 tahun UPM

Program Kolaborasi Pemindahan Ilmu Vetpil Edisi Khas (FPV): Sambutan Jubli Emas 50 tahun UPM

Pada 1-3 Jun 2022, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah dijemput untuk berkolaborasi bersama Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Pusat Transformasi Komuniti Universiti, dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPV) sempena Program Pemindahan Ilmu Vetpil Edisi Khas (FPV): Sambutan Jubli Emas 50 tahun UPM, yang diadakan di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Program ini dilaksanakan memfokuskan kepada haiwan ternakan ruminan besar dan ruminan kecil dengan perkongsian hasil penyelidikan penyelidik FPV dan ITAFoS dari sudut ekonomi, reproduksi dan penyakit berkaitan haiwan ternakan untuk meningkatkan kualiti dan hasil ternakan penternak di Sabah. Para peserta diberi penerangan secara langsung oleh panel pakar yang hadir dan sesi soal jawab juga turut diadakan untuk membantu masalah yang dihadapi oleh penternak di Sabah.

 

Sesi ceramah, turut disampaikan oleh Assoc. Prof. Dr. Hasliza Abu Hassim, Timbalan Pengarah ITAFoS dan pameran penghasilan makanan haiwan ruminan iaitu silaj oleh staf dari Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, En Eddy Shahriza Jamein dan En Farhan Makhlis.

 

Program ini telah menerima kunjungan dan penyertaan daripada kalangan penternak, pengusaha makanan haiwan ruminan, pegawai-pegawai kerajaan, akademik dan pelajar negeri Sabah khususnya dalam bidang veterinar.

                                                              

Dengan penganjuran program ini diharap dapat membantu komuniti penternak berkaitan pengurusan ternakan yang betul dan berkesan sekaligus meningkatkan produktiviti industri ternakan di negara ini.

Tarikh Input: 08/07/2022 | Kemaskini: 08/07/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeBAt~