Program Pembangunan Dan Perkembangan Diri ITA | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Program Pembangunan dan Perkembangan Diri ITA

Program Pembangunan dan Perkembangan Diri ITA


Puchong, 21 Oktober - Institut Pertanian Tropika (ITA) telah menganjurkan satu hari program ‘Pembangunan dan Perkembangan Diri’ bagi semua pegawai dan staf ITA bertempat di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Fakulti Perhutanan, Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti kerja dan disiplin di samping memberi motivasi bagi memupuk budaya kerja berprestasi tinggi di kalangan staf ITA.

 

Program ini merangkumi dua ceramah motivasi pada sebelah pagi iaitu ‘Keberkatan Dalam Pekerjaan’ yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah Muhamad Hafiz bin Muhamad Haneefa (PU Hafiz) dan ‘Transformasi Diri ke Arah Pekerja Cemerlang’ oleh Pn. Dalina Kamarudin dari Pejabat Pendaftar UPM, manakala pada sebelah petang pula diadakan aktiviti luar ‘meredah rimba’ yang menyusuri keindahan hutan di SISFEC. Turut hadir sama memeriahkan program ialah Pengarah ITA, Prof. Dr. Zulkifli Idrus dan Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, Timbalan Pengarah ITA.

 

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan staf ITA. Semoga pengisian ilmu yang telah diberikan di dalam ceramah motivasi tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Pihak Pengurusan ITA dan staf SISFEC yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini.

 

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAm~