Program Psikologi ITA 'Ke Arah Pemantapan Sahsiah Dan Potensi Diri' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Program Psikologi ITA 'Ke Arah Pemantapan Sahsiah dan Potensi Diri'

Program Psikologi ITA 'Ke Arah Pemantapan Sahsiah dan Potensi Diri'


Putrajaya, 14 November - Bagi mengukuhkan lagi kecemerlangan Institut Pertanian Tropika (ITA) sebagai sebuah institusi penyelidikan berwibawa tinggi, ITA dengan kerjasama Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar, telah mengadakan Program Psikologi ITA bertemakan 'Ke Arah Pemantapan Sahsiah dan Potensi Diri' kepada seluruh staf ITA. Program ini telah diadakan sebanyak dua siri, di mana siri pertama telah diadakan di halaman pejabat Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, UPM dan siri kedua di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

Tiga orang kaunselor iaitu Encik Mohamad Asshaari Awab, Puan Rafidah Sadarudin, dan Puan Noorihayatti Noorudin telah dijemput bagi memberikan latihan dan ceramah. Program telah berlangsung dengan jayanya dan telah ditutup dengan kata dua dari Pengarah ITA, Prof. Dr. Zulkifli Idrus yang berharap staf-staf ITA terus mengekalkan kecemerlangan ITA pada masa akan datang.

                        

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeBAT~