PROGRAM UPM-JABATAN PENJARA MALAYSIA (JELEBU) JALIN KERJASAMA BANTU BANDUAN | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » PROGRAM UPM-JABATAN PENJARA MALAYSIA (JELEBU) JALIN KERJASAMA BANTU BANDUAN

PROGRAM UPM-JABATAN PENJARA MALAYSIA (JELEBU) JALIN KERJASAMA BANTU BANDUAN

Pada 5 Julai 2023, melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UPM, pihak ITAFoS telah dijemput untuk memberikan ceramah dan praktikal berkaitan teknik pembuatan silaj berasaskan rumput napier kepada seramai 30 orang penghuni Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan.

Objektif kursus ini diadakan adalah sebagai perkongsian ilmu kepada penghuni di situ berkaitan pemahaman dan teknik pembuatan silaj yang betul yang mana ianya boleh dijadikan sebagai salah satu inisiatif pendapatan kepada mereka apabila mereka tamat hukuman kelak.

Dengan pengawasan dari pegawai penjara, semua peserta dilihat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada dua orang penceramah ITAFoS, iaitu En. Eddy Shahriza dan En. Fazmen. Sesi perkongsian ilmu dimulakan dengan teori pengenalan silaj dan seterusnya dengan sesi praktikal  pembuatan silaj oleh para peserta. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan hasil pembuatan silaj tersebut akan digunakan oleh pihak penjara untuk diberikan kepada ternakan mereka.

 

Pihak ITAFoS berharap agar perkongsian ini dapat memberikan idea dan ilmu pengetahuan kepada penghuni yang bakal bebas untuk mencari peluang kedua dalam memulakan kehidupan mereka yang baharu.

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 21/07/2023 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAo~