PROGRAM WEBINAR ‘KEPENTINGAN SEKURITI MAKANAN DI DALAM NEGARA’ DAN LAWATAN KE LADANG TERNAKAN BERSAMA PAKAR UPM MELIBATKAN PENTERNAK NEGERI PULAU PINANG | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » PROGRAM WEBINAR ‘KEPENTINGAN SEKURITI MAKANAN DI DALAM NEGARA’ DAN LAWATAN KE LADANG TERNAKAN BERSAMA PAKAR UPM MELIBATKAN PENTERNAK NEGERI PULAU PINANG

PROGRAM WEBINAR ‘KEPENTINGAN SEKURITI MAKANAN DI DALAM NEGARA’ DAN LAWATAN KE LADANG TERNAKAN BERSAMA PAKAR UPM MELIBATKAN PENTERNAK NEGERI PULAU PINANG

Pada 18 Mei 2022, seramai lima orang staf Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti dan Timbalan Pengarah telah terlibat dalam penganjuran Program Webinar bertajuk ‘Kepentingan Sekuriti Makanan di dalam Negara’ dan mengadakan lawatan ke ladang ternakan di Pulau Pinang. Program ini turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Pulau Pinang secara langsung iaitu sejak mula aktiviti ini dijalankan pada awal tahun 2020.

Pihak Institut juga turut menjemput seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan Veterinar dan seorang Amal Putra dari Institut Biosains bagi menyampaikan ceramah berkaitan kesihatan ternakan dan biosekuriti, mengikut bidang masing-masing. Seramai lebih kurang 70 orang penternak bidang poltri dan ruminan telah menyertai webinar tersebut. Selepas program webinar berakhir, pihak JPV telah membawa kesemua yang terlibat untuk melawat satu ladang ternakan yang dipantau-selia oleh pihak JPV sendiri.

Sewaktu lawatan, kesemua yang hadir turut diberikan penerangan serba sedikit tentang perjalanan kejayaan penternak tersebut. Dengan kehadiran tiga orang pakar dari UPM ini, penternak turut berkongsi masalah dan mendapat nasihat terus dari pakar.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini dapat membantu komuniti penternak berkenaan pengurusan ternakan yang betul dan berkesan sekaligus meningkatkan produktiviti industri ternakan di negara ini

       

Tarikh Input: 24/06/2022 | Kemaskini: 24/06/2022 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAD~