Putra Global 200 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Putra Global 200

Putra Global 200


Serdang, 10 September – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI) Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Dr. Mohd Azmi bin Mohd Lila telah memperkenalkan Putra Global 200 kepada warga penyelidik Institut Pertanian Tropika (ITA). Bercakap dalam Program Sesi Interaksi TNCPI bersama warga Penyelidik ITA, beliau berharap warga UPM dapat merealisasikan harapan dan impian Putra Global 200 untuk menjadikan UPM berada dalam kedudukan 200 universiti terbaik dunia dalam ranking berprestij Universiti Dunia QS pada tahun 2020. Putra Global 200 merupakan salah satu inisiatif oleh UPM bagi meningkatkan pencapaian UPM dalam memastikan UPM terus kekal sebagai Universiti Penyelidikan terkemuka di dunia.

Sebagai TNCPI, beliau yang bertanggungjawab dalam pembangunan penyelidikan melalui pembudayaan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan (R&D&C) di UPM turut mengetengahkan beberapa inisiatif yang akan dilakukan oleh UPM dalam Putra Global 200. Antaranya ialah memperbanyakkan geran penyelidikan, mobiliti penyelidikan melalui bridging-program , insentif penyelidikan dan pembangunan kepakaran penyelidik.



Baru-baru ini, kajian terbaru QS menunjukkan lima universiti Malaysia tersenarai dalam kedudukan 400 teratas, didahului institusi pengajian tinggi tertua negara, Universiti Malaya (di tangga 151), diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (259), Universiti Teknologi Malaysia (294), Universiti Sains Malaysia (309), dan Universiti Putra Malaysia (376).  Kedudukan kesemua universiti meningkat berbanding kedudukan tahun lalu.

Universiti dinilai berdasarkan enam petunjuk yang diantaranya reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, fakulti antarabangsa, pelajar antarabangsa dan penunjuk kesan penyelidikan dan ‘citation’ setiap fakulti.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAO~