Quorum Quenching Quandary: Bacterial Adaptation To Quorum Quorum Sensing Inhibitors | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Quorum Quenching Quandary: Bacterial Adaptation to Quorum Quorum Sensing Inhibitors

Quorum Quenching Quandary: Bacterial Adaptation to Quorum Quorum Sensing Inhibitors

Satu syarahan awam yang bertajuk Quorum Quenching Quandary: Bacterial Adaptation to Quorum Quorum Sensing Inhibitors telah diadakan pada 13 Mac 2019 di Dewan Fakulti Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Syarahan ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan Profesor Madya Dr. Toshinari Maeda dari Jabatan Fungsi Biologi dan Kejuruteraan, Sekolah Siswazah Sains kehidupan dan Kejuruteraan Sistem, Institut Teknologi Kyushu, Jepun. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar siswazah telah hadir ke syarahan tersebut. Bidang kepakaran penyelidikan Dr. Maeda adalah berkaitan dengan Bioteknologi Mikrobiologi dan Bioteknologi Alam Sekitar, Kimia Alam Sekitar dan Genetik Molekul. Beliau telah menjalankan beberapa projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidangnya termasuk Quorum Sensing & Quorum Quenching. Syarahan ini yang disampaikan ini membincangkan mengenai penggunaan Quorum Quenching sebagai salah satu teknik untuk mengkaji komunikasi antara sel-sel terutamanya untuk bakteria. Beliau telah berkongsi pengalamannya didalam penggunaan teknik Quorum sensing  dan Quorum Quenching bagi mengkaji evolusi rintangan bakteria terhadap sebatian antivirulan, biodegradasi bahan perencat Quorum Sensing iaitu C-30 oleh Pseudomonas aeruginosa.

 

Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 11/09/2019 | s_kumari

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAf~